Kali ni saya nak share pasal Kebaikan Wuduk Dengan Sempurna dan Doa-doa Semasa Berwuduk.
Mungkin ramai yg sebelum ni terlepas pandang pasal amalan2 ni. Bg sesetengah org, niat berwuduk tu dah memadai tapi sebenarnya untuk dapatkan kebaikan dan kesempurnaan dalam wuduk inilah amalan2 yang perlu kita amalkan supaya dapat membersihkan hati dan solat dgn tenang..... jom belajar sama dan selamat beramal...
1. Ketika berkumur,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah, mengumpat dan mungkir janji. Tanpa disedari kata-kata kita seringkali telah menyakiti hati orang lain.
2. Ketika membasuh muka
“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan
“Ya Allah, berikanlah buku catatanku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan : Ahli syurga dan mereka yang dirahmati Allah SWT akan menerima buku catatan di tangan kanannya.
4. Ketika membasuh tangan kiri
“Ya Allah, janganlah Kau berikan buku catatanku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan : Ahli neraka dan mereka yang dimurkai Allah SWT akan menerima buku catatannya ditangan kirinya.
5. Ketika membasuh kepala
”Ya Allah, lindunganlah ku drpd teriknya matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan : Panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga
”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan mendengar muzik yang melalaikan.
7. Ketika membasuh kaki kanan
”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustakim pantas seperti kilat”. Penjelasan : Ahli syurga dan mereka yang dirahmati Allah SWT akan melintasi titian dengan cepat sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri
”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan tempat yang soleh dan bukan tempat-tempat maksiat” Penjelasan : Qada dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah SWT lahirkan kita sebagai umat Islam?
Sahabat yang dikasihi,
Sebagaimana kisah yang berlaku kepada Bilal bin Rabah, iaitu di dalam peristiwa semasa Israk Mikraj, semasa Nabi SAW naik ke langit dan sampai ke syurga baginda terdengar hentakan tapak kaki Bilal di hadapannya, baginda hairan dan sebaik kembali ke bumi, Nabi SAW terus mendapatkan Bilal dan bertanya: “Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan di sisimu dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam syurga.” Jawab Bilal: “Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan di sisiku, (melainkan) aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut (solat sunat selepas wuduk), dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat (aku sentiasa menjaga wudukku)” (Hadis muttafaqun alaih)
Begitulah kisahnya ganjaran pahala menanti mukmin yang mengambil wuduk secara sempurna dan sentiasa berkeadaan berwuduk setiap masa dan ketika dan sentiasa melaksanakan solat wuduk dua rekaat (selepas mengambil wuduk)
No comments:
Post a Comment